TABUNG ALUMNI PRIHATIN RM5: KELANGSUNGAN PENGAJIAN MAHASISWA

TABUNG ALUMNI PRIHATIN RM5: KELANGSUNGAN PENGAJIAN MAHASISWA

Muhamad Amirul Ikhmal 2021-08-28 16:25:49

Assalamualaikum dan salam sejahtera YBhg. Prof./Prof. Madya/Datin/Dr./Tuan/Puan

Untuk makluman, Tabung RM5 Alumni UiTM #alumniuitmprihatin telah diperkenalkan oleh Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM pada bulan Julai 2021.  

Ia merupakan merupakan tabung inisiatif berbentuk crowdfunding yang memberi peluang kepada seluruh alumni UiTM dalam membantu pelajar yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Berikut adalah perincian projek:

Nama projek: 

'TABUNG ALUMNI PRIHATIN RM5 ‘KELANGSUNGAN PENGAJIAN MAHASISWA’ #alumniUiTMprihatin

OBJEKTIF PROJEK

1.    Memberi peluang kepada alumni
       UiTM menyumbang kepada 
       pembangunan pembelajaran 
       pelajar-pelajar UiTM 

2.    Membantu menampung 
       pemberian insentif kepada para 
       pelajar UiTM seperti:

•    Pembelian komputer riba bagi 
       pelajar B40 yg memerlukan.
•    Bantuan pembayaran yuran 
       pengajian serta kolej bagi pelajar 
       B40 berkeperluan.
•    Bantuan kecemasan pelajar yang 
       memerlukan
•    Kos sara hidup pelajar B40 
       berkeperluan
•    Lain-lain bantuan yang difikirkan 
       bersesuaian


Pihak kami telah mewujudkan pautan sumbangan dan kod QR untuk Projek Tabung Alumni Prihatin RM5 ‘Kelangsungan Pengajian Mahasiswa’ #alumniUiTMprihatin Tahun 2021 Unit Alumni UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Pautan sumbangan dan kod QR tersebut ialah seperti di bawah :

https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AAJ1/02/240
 Click > DONATE 
> isi maklumat penderma 
Click > PAY

Sehubungan itu, pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Datin/Dr./Tuan/Puan, boleh menggunakan pautan dan kod QR tersebut untuk memberi sumbangan.


Sekian, terima kasih.
Unit Alumni UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat